Thursday 16 June 2011

SEJARAH SK SPAOH




          Sekolah Kebangsaan Spaoh yang mula dibuka pada tahun 1928 telah dipelopori oleh Allahyarham Abang Embit, seorang ‘native officer’ dan dibantu oleh  Encik Taha.  Encik Taha selaku seorang guru ketika itu berasal dari Kuching. Bersama denganbeliau ialah En Ahmad yang juga berasal dari Kuching.
         Ketika mula dibuka sekolah Kebangsaan Spaoh menggunakan nama Sekolah Datuk Laksamana Amir iaitu anak kepada salah seorang tokoh sejarah terkenal iaitu Datuk Patinggi Kedit  dengan hanya  46 orang murid. Tapak sekolah terletak di  suatu kawasan bersebelahan Pasar Spaoh (Tempat Kedai Kopi Abg. Noh Bin Abg. Kundang).
           Oleh kerana ketidakcukupan murid, sekolah Datuk Laksamana Amir ditutup pada tahun 1946 dan dibuka semula pada pertengahan tahun yang sama hasil usaha seorang lagi ‘native officer’, Allahyarham Abg. Empurung. Apabila dibuka, setelah ditutup seketika. Sekolah ini mempunyai sebuah bangunan yang terletak bertentangan dengan rumah Tuan Hj. Laili Bin Merjan. Pembukaan semula sekolah ini, memperlihatkan pertambahan murid kepada 58 orang termasuk dua murid perempuan.
     Apabila berlaku pertukaran, guru lama diganti oleh Encik Taha, bapa saudara Yang Berbahagia Puan Hjh. Hafsah Harun. Cikgu Taha dibantu oleh Allahyarham Cikgu Mohamad Spawie Ismail.
Semasa di bawah naungan ‘native officer’, Abg. Abeng Abg. Umboh, lokasi sekolah sekali lagi berpindah ke tapak Junior Flat yang menempatkan Sekolah Kebangsaan Spaoh sekarang. Apabila Cikgu Taha berpindah, tempat beliau diambil alih oleh Allahyarham Cikgu Mohamad Spawie Ismail. Beliau dibantu oleh Allahyarham Abg. Abai dari Debak. Semasa dibawah jagaan Cikgu Mohamad Spawie Ismail, sekolah diambil alih oleh Majlis Daerah Betong yang lebih popular dengan panggilan ‘local authority’. Nama sekolah sekaligus ditukarkan kepada ‘Malay Primary School Spaoh’.
        Sekolah ‘Malay Primary School Spaoh’ sekali lagi ditutup kerana kekurangan murid. Apabila dibuka semula pada 1959, teraju pengurusan sekolah diketuai oleh Cikgu Hj. Fauzi B. Embing sebagai Guru Besar dan dibantu oleh isteri beliau, Pn. Nong Bt. Abg. Dondang  dan Allahyarham Abg. Mahji Bin  Abg. Apok.
Pada tahun 2007 SK Spaoh diterajui oleh Puan Hajah Jenap Binti Hj Abg Mos.

No comments:

Post a Comment